ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Julai 2026.
- AMH gesa Menteri, Timbalan Menteri BN letak jawatan Kabinet
Angkatan Muda Harapan (AMH) menggesa semua Menteri dan Timbalan Menteri daripada Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan dalam Kabinet susulan perkembangan politik terkini yang menyaksikan BN secara terbuka bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) di Johor dan Negeri Sembilan.
- Anwar lancar PMX AI, avatar digital di WhatsApp
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi meluncurkan avatar atau kembar digital tersendiri yang dinamakan PMX AI untuk diakses oleh orang ramai secara langsung menerusi aplikasi WhatsApp.
- 1MDB: Lebih AS$1.37 bilion aset dipulangkan kepada Malaysia
Lebih AS$1.37 bilion aset yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia setakat ini.
- Syed Saddiq berjaya tamat Larian Kesyukuran 170km Putrajaya - Muar
Syed Saddiq Syed Abd Rahman menamatkan Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer yang bermula dari Putrajaya dan berakhir di Laman Maharani, Muar, Johor, pada Ahad. Keputusan kes Zizie Izette subahat kes rasuah RM2.8 juta diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad dijangka membacakan keputusan pada akhir kes pembelaan pada 9 pagi.
Kerugian KWAP: PM jelas di Dewan Negara esok
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau akan mengemukakan fakta dan penjelasan yang lengkap tentang isu itu nanti.
PM ingatkan jangan serang rakan Kerajaan Perpaduan dalam kempen PRN
Anwar berkata tindakan mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan tertakluk pada disiplin dan jika memilih untuk melanggarnya, mereka perlu berundur.
- Sim minta siasatan menyeluruh kes sindiket pemerdagangan orang di Bukit Mertajam
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kes pemerdagangan orang yang dibongkar di Berapit, Bukit Mertajam bagi memastikan semua individu terlibat termasuk dalang sindiket diambil tindakan dengan segera.
- Kes eFishery: Empat fakta yang perlu anda tahu
Keputusan pelaburan itu dibuat melalui proses penilaian dan tadbir urus yang ditetapkan berdasarkan maklumat yang tersedia ketika itu, termasuk penyata kewangan yang disahkan oleh juruaudit antarabangsa bertauliah.
- Banjir kilat PJ: Projek naik taraf saliran sedang dilaksana, kolam tadahan dicadang tangani krisis berulang
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Petaling Jaya semalam dipercayai berpunca daripada taburan hujan lebat luar biasa serta beberapa projek naik taraf sistem saliran yang masih dalam pelaksanaan dan belum siap sepenuhnya.