ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Julai 2026.
1. PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-101 buat Tun Mahathir
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-101 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2. Kebenaran solat Jumaat di Musala IOI City Mall, Putrajaya diberikan sejak 2024 - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor menjelaskan kebenaran mendirikan solat Jumaat di Musala IOI City Mall, Putrajaya telah diberikan bermula 6 Sept 2024, selepas diputuskan Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor serta mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
3. Pelajar kejar rakan dengan pisau pemotong kertas di sekolah di Melaka
Tiga pelajar berdepan detik cemas apabila didakwa dikejar seorang rakan yang bersenjatakan pisau pemotong kertas di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, pada petang Khamis.
4. Kes tikam rakan sekolah: Remaja perempuan didakwa cuba bunuh, dihantar ke Hospital Bahagia
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok di Kuala Langat hari ini atas satu pertuduhan cuba membunuh rakannya dalam kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting.
5. Pelakon wanita drama kepolisan didakwa beri tiga jenis dadah kepada diri sendiri
Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal, Tisha Shamsir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memberikan tiga jenis dadah kepada diri sendiri, Selasa lepas.
6. Pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal pada 4.0-5.0 peratus - Gabenor BNM
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat, dengan pertumbuhan ekonomi berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
7. Pekerja kolej mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki
Seorang petugas sebuah kolej swasta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual dan liwat terhadap dua remaja lelaki.
8. Kajian Ilham Centre: BN diunjur menang selesa, lepasi majoriti dua pertiga di PRN Johor
Pakatan Harapan (PH) pula diunjurkan memenangi sembilan kerusi, manakala baki lapan kerusi masih berada dalam kategori persaingan sengit.
9. Opsyen pengecualian LINDUNG 24 Jam dibuka mulai Isnin - PERKESO
PERKESO membuka opsyen pengecualian Skim LINDUNG 24 Jam mulai Isnin ini, susulan keputusan kerajaan menjadikan pelaksanaan skim itu secara sukarela.
10. PRN Johor: Anwar janji tambah SARA jika kerajaan terus stabil
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sekiranya kerajaan Persekutuan kekal stabil dan Pakatan Harapan (PH) terus mendapat mandat daripada rakyat.