Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Jun 2026.
 

  1. Lim Guan Eng, isteri dan Phang gagal batalkan pertuduhan, perbicaraan diteruskan

    Kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew serta ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
     

  2. Garis panduan LAE diumum hujung tahun ini, perkasa kawal selia dan tadbir urus industri - Loke

    Garis panduan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dijangka diumumkan hujung tahun ini, sekali gus menjadi kerangka pengawalseliaan, operasi dan tadbir urus bagi menyokong integrasi ruang udara yang selamat dalam sektor ekonomi itu. 
     

  3. 32 penuntut kolej terselamat, pemandu cedera, bas terbabas

    Seramai 32 penuntut sebuah kolej swasta di sini terselamat selepas bas sekolah yang dinaiki terbabas di Jalan Lebuh KTC, di sini, pada Rabu.
     

  4. Che’gu Bard diarah bela diri kes fitnah Agong

    Aktivis Che’gu Bard diarah membela diri atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong. 
     

  5. Jangan kaitkan institusi diraja dengan polemik politik - PM Anwar

    Sebarang perbezaan pandangan atau kenyataan yang timbul dalam kalangan ahli politik perlu ditangani secara matang tanpa melibatkan institusi diraja.
     

  6. PRN Johor: BN tanding solo 56 kerusi, tolak gabungan dengan parti lain

    Pengumuman itu menyaksikan UMNO kekal sebagai tulang belakang BN, manakala baki kerusi diperuntukkan kepada MCA dan MIC.
     

  7. Kerajaan tidak bercadang perluas program subsidi bahan api - Liew

    Kerajaan tidak bercadang memperluas program subsidi bahan api selepas pelarasan harga diesel bersubsidi baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

     
  8. Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Pengangkutan Jalan, bendung lumba haram

    Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 yang antara lain bertujuan untuk membendung aktiviti lumba haram dan menduga kelajuan melibatkan semua jenis kenderaan. 

     
  9. Manusia, organisasi bertanggungjawab urus risiko sistem AI - Gobind

    Rang Undang-Undang (RUU) Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) yang sedang digubal akan memastikan manusia atau organisasi dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kemudaratan atau risiko akibat penggunaan teknologi itu.

     
  10. USM, UKM tersenarai dalam kelompok tujuh universiti terbaik dunia

    Dua universiti awam negara, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terus mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai dalam kelompok tujuh universiti terbaik dunia menerusi Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2026.



 

Must Watch Video

Advertisement