Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Jun 2026.

1. NRES sedia beri kerjasama penuh dalam siasatan SPRM berhubung pemindahan gajah

Kerjasama itu penting bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, telus dan mengikut lunas undang-undang.

2. Polis kesan lelaki berpakaian ala tentera dalam video tular

Kejadian dipercayai berlaku di sekitar Taman Bukit Desa, Kepong, Selangor.

3. Murid jatuh bangunan: JPN Perak beri kerjasama penuh, adakan siasatan dalaman

JPN Perak meminta masyarakat untuk memberi ruang kepada siasatan pihak berkuasa dan menghormati sensitiviti keluarga yang sedang berhadapan ujian ketika ini.

4. PRN Johor: Ini senarai penuh calon PH, gabung tenaga baharu dan kepimpinan berpengalaman

Pengerusi PH mengumumkan senarai lengkap calon gabungan itu bagi menghadapi PRN Johor ke-16.

5. Murid menangis, rambut ditarik didakwa dibuli

Satu video tular memaparkan kejadian dipercayai membabitkan seorang murid yang menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Sabah.

6. PRN Johor: Maszlee sahut pelawaan debat dengan Onn Hafiz

Maszlee Malik menyahut pelawaan berdebat dengan MB Johor Datuk Onn Hafiz menjelang PRN Johor.

7. Keluarga Altantuya tuntut siasatan afidavit Azilah, pendengaran 6 Oktober ini

Pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu supaya polis menyiasat afidavit tambahan dan akuan bersumpah bekas pegawai polis yang terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia itu, ditetapkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Oktober depan.

8. PN sasar muktamad agihan kerusi PRN Johor Khamis ini - Annuar

Perikatan Nasional (PN) telah menyelesaikan lebih separuh rundingan pembahagian kerusi antara parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Ketua Penerangan PN Tan Sri Annuar Musa.

9. Mesyuarat MB, Ketua Menteri fokus pemulihan ekonomi, kesiapsiagaan hadapi El Nino - PM

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 pada Selasa menumpukan usaha memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan ketidaktentuan global akibat konflik Asia Barat.

10. Bersatu bantah PCM sertai PN, dakwa proses tidak ikut prosedur – Faizal Azumu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membantah keras tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Moktar yang didakwa memaksa Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN menerima kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM).

Must Watch Video

Advertisement