Skip to main content

Dunia

Iran buka semula ruang udara di bahagian barat negara

51679664177_BPAEROPLANEjpg.jpg
Pihak berkuasa penerbangan awam Iran pada Selasa mengumumkan pembukaan semula ruang udara di bahagian barat negara itu. - Gambar hiasan

ISTANBUL: Pihak berkuasa penerbangan awam Iran pada Selasa mengumumkan pembukaan semula ruang udara di bahagian barat negara itu, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik penyiar tempatan.

“Ruang udara bahagian barat negara, seperti ruang udara di bahagian timur, kini kembali beroperasi sepenuhnya selama 24 jam sehari,” menurut penyiar milik kerajaan Iran, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) yang memetik kenyataan pihak berkuasa berkenaan.

Menurut laporan itu, segala syarat yang diperlukan dipenuhi bagi membolehkan penerbangan domestik serta penerbangan transit melalui ruang udara Iran beroperasi semula.

“Semua lapangan terbang di negara ini dibenarkan beroperasi mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Penerbitan Maklumat Aeronautika (AIP),” menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa penerbangan turut menjelaskan bahawa Lapangan Terbang Kish dan Lapangan Terbang Asaluyeh di selatan Iran akan beroperasi dari waktu matahari terbit hingga matahari terbenam.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement