Skip to main content

Malaysia

Anwar ucap tahniah kepada PM India, Narendra Modi atas pencapaian bersejarah

Sumber: Anwar Ibrahim
Anwar berkata, pencapaian dipilih secara demokratik sebagai ketua kerajaan mencerminkan dedikasi Modi selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam serta kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan, kemakmuran dan pengaruh India di pentas global. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, atas pencapaian bersejarah beliau sebagai ketua kerajaan yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di negara itu.

Menerusi hantaran Facebook beliau, Anwar berkata, pencapaian itu mencerminkan dedikasi Modi selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam serta kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan, kemakmuran dan pengaruh India di pentas global.

"Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Modi atas pencapaian bersejarah beliau sebagai Perdana Menteri India yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat,” kata Anwar.

Modi mula memegang jawatan Perdana Menteri India pada Mei 2014.

Anwar berkata, Malaysia menghargai hubungan persahabatan erat telah sekian lama terjalin dengan India, serta menantikan kerjasama berterusan bagi memperkukuh hubungan dua hala dan memperluas peluang yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

“Saya mendoakan Perdana Menteri Modi terus mencapai kejayaan dan rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan serta kemakmuran,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement