Skip to main content

Malaysia

Agong terima menghadap Ketua Hakim Negara, Panglima Tentera Darat

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Instagram @officialsultanibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara di sini.

Pada 1 Jun lepas, Wan Ahmad Farid dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ bersempena dengan Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Wan Ahmad Farid, 63, dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai tahun lepas.

Dalam hantaran berasingan, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.

-- BERNAMA

Image
Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat, Jeneral Azhan Md Othman.

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement