GUADALAJARA: Barisan haiwan di Zoo Guadalajara di Mexico mencuri perhatian apabila membuat ‘ramalan’ unik bagi menentukan pemenang perlawanan sempena Piala Dunia FIFA 2026.
Inisiatif menarik itu melibatkan pelbagai spesies termasuk gajah, gorila, puma dan zirafah yang akan 'memilih' pasukan pemenang daripada jadual perlawanan akan datang, Al Jazeera.
Pihak pengurusan zoo menyediakan kotak makanan yang dihiasi dengan bendera negara bertanding, di mana pilihan haiwan terhadap salah satu kotak tersebut akan dianggap sebagai ramalan keputusan perlawanan.
Aksi bersahaja haiwan-haiwan itu sekali gus menghidupkan kembali tradisi ramalan tidak rasmi yang pernah mencetuskan fenomena global dalam kejohanan Piala Dunia.
Antaranya termasuk kemasyhuran “Paul si sotong kurita” yang mendapat perhatian dunia apabila berjaya meramal 12 daripada 14 keputusan perlawanan semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Piala Dunia 2026 dijadual berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, dengan Guadalajara antara bandar yang terpilih sebagai lokasi penganjuran perlawanan.