Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Jun 2026.

  1. RM50 juta dana berimpak tinggi diguna perkasa TVET 2.0 - PM

    Peruntukan itu akan digunakan untuk memperluas program latihan, pendedahan industri serta meningkatkan kualiti pembangunan kemahiran.

  2. Unny Sankar rakyat Malaysia pertama terima anugerah Icons of Change

    Unny Sankar, yang menerima anugerah itu tahun ini, bertanggungjawab memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala antara Malaysia dan China.

  3. TVET MARA capai kebolehpasaran hampir 100 peratus - TPM Ahmad Zahid

    Pencapaian membanggakan itu membuktikan bahawa institusi TVET MARA berada di garisan paling hadapan dalam menjayakan agenda TVET negara yang kini memasuki fasa TVET 2.0.

  4. Kertas siasatan Azam Baki dirujuk kepada AGC untuk tindakan

    Dua kertas siasatan membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Khamis lalu untuk tindakan lanjut.

  5. Kerajaan wajibkan fasiliti kitar semula di pusat beli-belah secara berperingkat bermula Jun

    Kerajaan mewajibkan penyediaan Fasiliti Pengitaran Semula (FPS) di pusat beli-belah sebagai antara syarat permohonan dan pembaharuan lesen premis di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula bulan ini.

  6. Kemelut Negeri Sembilan: Selesai melalui rundingan, bukan mahkamah - Ahmad Zahid

    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan penyelesaian terbaik berhubung isu melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah menerusi rundingan dan musyawarah antara pihak berkepentingan.

  7. Jaslinda ditemui selamat oleh Orang Asli, kini di rumah tok batin - Bomba 

    Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, dekat Tapah sejak 24 Mei lepas berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, petang tadi.

  8. BAM tegaskan disiplin, profesional teras utama skuad kebangsaanMajlis Jawatankuasa Persatuan

    Badminton Malaysia (BAM) hari ini menegaskan semula kepentingan disiplin, profesionalisme serta akauntabiliti sebagai teras utama dalam memperkukuh hala tuju skuad kebangsaan.

  9. Terbuka Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin ke final tumbangkan gandingan nombor 1 dunia

    BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

  10. PRN Johor: PH selesai muktamadkan rundingan kerusi - Saifuddin Nasution

    Rundingan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dimuktamadkan hari ini, kata Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Must Watch Video

Advertisement