ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menafikan dengan tegas laporan beberapa media antarabangsa yang mendakwa berlaku pemindahan dana dari UAE ke Republik Islam Iran, termasuk dakwaan membabitkan AS$3 bilion, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar UAE menegaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali, sambil menekankan bahawa tiada dana Iran yang dibekukan telah dilepaskan, dipindahkan atau diurus melalui UAE.
Kementerian itu turut menggesa media supaya mengamalkan ketepatan dalam laporan, merujuk kepada sumber rasmi serta tidak menerbitkan atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan dan dakwaan yang tidak berasas.
-- BERNAMA-WAM