Skip to main content

Dunia

Trump kritik Itali berhubung isu Iran di tengah ketegangan dengan Meloni

Italy's Prime Minister Giorgia Meloni listens to debate, after she reported on her government’s actions and is expected to speak on the latest developments in Iran, at the lower house of Parliament in Rome, Italy, April 9, 2026. REUTERS/Remo Casilli
Meloni sebelum ini menafikan dakwaan Trump bahawa dia merayu untuk bergambar bersama pada Sidang Kemuncak G7 di Perancis. - Gambar/ Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengkritik Itali kerana didakwa tidak bertindak semasa konflik antara AS-Iran, di tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Selepas membelanjakan trilion dolar untuk NATO, Itali dan Perdana Menterinya langsung tidak terfikir untuk terlibat dalam isu Iran serta ancaman nuklearnya yang sangat serius. 

"Selama beberapa dekad kami mempertahankan mereka, tetapi apabila tiba masanya untuk membantu mempertahankan kami dan seluruh dunia, mereka tidak bersama kami. Tidak bagus!" tulis Trump di platform Truth Social.

Pada Jumaat, Trump memberitahu saluran televisyen Itali La7 bahawa Meloni telah "merayu" kepadanya untuk bergambar bersama pada Sidang Kemuncak G7 di Perancis, dan beliau berbuat demikian kerana simpati.

Meloni menyifatkan kenyataan Trump itu sebagai "rekaan sepenuhnya" dan menegaskan bahawa "beliau mahupun Itali tidak pernah merayu kepada sesiapa."

Menurut laporan, beberapa mesyuarat peringkat tinggi antara delegasi AS dan Itali telah dibatalkan susulan ketegangan yang tercetus.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement