Skip to main content

Dunia

Trump ancam tindakan ketenteraan lanjut ke atas Iran selepas serangan terbaharu AS

President Donald Trump waves as he walks into the North Portico at the White House, Saturday, June 27, 2026, in Washington. (AP Photo/Mark Schiefelbein)
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Foto AP)

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu mengancam akan mengambil tindakan ketenteraan lanjut terhadap Iran selepas pesawat tentera AS menyerang tapak penyimpanan peluru berpandu dan dron serta kedudukan radar pantai negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Pesawat AS baru sahaja menyerang lokasi penyimpanan peluru berpandu dan dron Iran serta tapak radar pantai kerana melanggar Perjanjian Gencatan Senjata, SEKALI LAGI!"  

"Mereka berkemungkinan tidak akan belajar daripada kesilapan!" tulis Trump menerusi platform Truth Social.

Trump berkata Washington mungkin akan sampai ke satu tahap apabila ia "tidak lagi mampu bertolak ansur" dan mungkin "terpaksa menyempurnakan secara ketenteraan apa yang telah kami mulakan dengan begitu berjaya."

"Jika itu berlaku, Iran tidak akan wujud lagi!" katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Komando Pusat Tentera Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa tentera AS melancarkan serangan tambahan terhadap beberapa sasaran di Iran pada Sabtu susulan dakwaan bahawa Iran menyerang sebuah kapal tangki berdaftar Panama berhampiran Selat Hormuz.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement