Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Harapan ke pusingan 32 musnah, Korea Selatan tersingkir

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group A - South Africa v South Korea - Fans gather in Seoul - Gwanghwamun Square, Seoul, South Korea - June 24, 2026 South Korea fans react as they watch the match REUTERS/Kim Hong-Ji TPX IMAGES OF THE DAY
Reaksi kecewa penyokong Korea Selatan ketika menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2026 Kumpulan A antara Afrika Selatan dan Korea Selatan di Dataran Gwanghwamun, Seoul, Korea Selatan, 24 Jun 2026. REUTERS

HARAPAN Korea Selatan untuk mara ke pusingan 32 Piala Dunia 2026 akhirnya lenyap selepas Republic Demokratik Congo menewaskan Uzbekistan 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan K di Stadium Atlanta pada Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan Congo menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan dengan satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan, mengumpul empat mata sekali gus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati sebagai antara lapan pasukan tempat ketiga terbaik.

Situasi tersebut secara automatik menutup peluang Korea Selatan untuk berada dalam kelompok lapan pasukan tempat ketiga terbaik daripada 12 kumpulan, walaupun masih terdapat baki perlawanan Kumpulan J membabitkan Austria menentang Algeria yang berlangsung pada hari sama.

Ia sekali gus menyaksikan kempen Piala Dunia 2026 menjadi detik pahit buat Korea Selatan dalam edisi pertama format 48 pasukan dengan pusingan 32, apabila mereka gagal melangkah ke peringkat kalah mati.

Dalam aksi sebelum ini, Korea Selatan tewas kepada Afrika Selatan di Stadium Monterrey, Guadalupe berhampiran Monterrey, Mexico dengan ketua jurulatih Hong Myung-bo dilihat kecewa di tepi padang sambil memegang kepalanya ketika pasukan bergelut mencari rentak.

Kegagalan itu menamatkan kempen Taegeuk Warriors lebih awal daripada sasaran, sekali gus mencetuskan kekecewaan dalam kalangan penyokong yang mengharapkan penampilan lebih meyakinkan di pentas dunia kali ini. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement