Skip to main content

Dunia

Tembok Istana Himeji rosak akibat Taufan Jangmi

Himeji, Hyogo, Japan_UNSPLASH
Istana abad ke-17 di Wilayah Hyogo itu turut dikenali sebagai "istana bangau putih" kerana bahagian luarnya yang berplaster putih. - Unsplash

KOBE: Tembok luar Istana Himeji, tapak Warisan Dunia UNESCO di barat Jepun didapati rosak, kemungkinan disebabkan angin kencang daripada Taufan Jangmi, kata pegawai bandar Himeji pada Khamis.

Menurut Kyodo News, kira-kira 4 meter persegi plaster terkelupas berhampiran tingkap kekisi turet, yang diklasifikasikan sebagai harta budaya penting, di sebelah utara benteng utama.

Istana abad ke-17 di Wilayah Hyogo itu turut dikenali sebagai "istana bangau putih" kerana bahagian luarnya yang berplaster putih.

Seorang pekerja perbandaran menemukan kerosakan sekitar tengah hari pada Rabu semasa rondaan, katanya sambil menambah serpihan yang terjatuh belum dapat dikesan.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Himeji merekodkan kelajuan angin maksimum 90.7 kilometer sejam pada awal Rabu, ketika taufan tersebut menghampiri wilayah itu.

-- BERNAMA-KYODO

Must Watch Video

Advertisement