Skip to main content

Dunia

Beberapa individu terkorban dalam nahas pesawat ringan di Croatia

Rescue workers stand next to a small plane that crashed in the northwestern Croatian region of Istria, near the Adriatic town of Medulin, June 4, 2026. Picture taken with a mobile phone. Sasa Miljevic/Pixsell/via REUTERS. THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. BEST QUALITY AVAILABLE TPX IMAGES OF THE DAY
Beberapa individu terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah Istria, barat laut Croatia pada Khamis. - Foto AP

ZAGREB: Beberapa individu terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah Istria, barat laut Croatia pada Khamis, lapor Xinhua, memetik polis tempatan.

Menurut Jabatan Polis Istria, nahas berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi waktu tempatan (0920 GMT) di kawasan Campanoz.

Media tempatan melaporkan secara tidak rasmi bahawa empat individu disahkan maut, manakala pasukan penyelamat masih mencari dua lagi yang hilang.

“Semua perkhidmatan kecemasan termasuk pasukan perubatan, bomba dan polis kini berada di lokasi bagi mengambil semua tindakan yang perlu dalam bidang kuasa masing-masing,” kata jurucakap Polis Istria Alen Pacic.

Siasatan bagi mengenal pasti punca nahas sedang dijalankan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement