Skip to main content

Dunia

Putin tidak akan hadir Piala Dunia FIFA 2026 di AS - Kremlin

81743137271_VladimirPutin.jpg
Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri Piala Dunia FIFA 2026 di Amerika Syarikat, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. - Gambar fail

ST PETERSBURG: Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri Piala Dunia FIFA 2026 di Amerika Syarikat (AS), kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada RIA Novosti.

Terdahulu, Presiden AS Donald Trump berkata, beliau mungkin menjemput Putin ke Piala Dunia FIFA 2026 di AS.

“Putin tidak akan pergi,” kata Peskov.

Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung di tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement