Skip to main content

Politik

Notis pemakluman rasmi pembubaran DUN Negeri Sembilan diserah hari ini

SEREMBAN, Ogos -- Jalur Gemilang menghiasi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato' Abd Malek hari ini.  Seramai 864,425 pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri di negeri ini berdasarkan statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  Seramai 83 calon daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Bebas bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan.  Rakyat Malaysia akan melaksa
Penyerahan notis itu adalah bagi memaklumkan kepada SPR mengenai pembubaran DUN yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, semalam.

SEREMBAN: Notis pemakluman rasmi tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berkata beliau akan menandatangani notis berkenaan sebelum dihantar kepada SPR.

Beliau berkata penyerahan notis itu adalah bagi memaklumkan kepada SPR mengenai pembubaran DUN yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, semalam.

“Selepas saya tandatangan, notis itu akan dihantar kepada SPR hari ini juga, terpulang kepada SPR untuk bertindak atas notis bagi menentukan masa sepatutnya dan sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan DUN negeri itu dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi memberikan laluan kepada PRN dalam tempoh 60 hari.

PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.

PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberikan laluan kepada PRN selepas Johor berbuat demikian pada Isnin lepas.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement