Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Sanusi yakin kerjasama BN-PN mampu diteruskan sehingga ke Putrajaya

SANUSI PN BN JEMPOL PRN, PAS, BN_Astro AWANI
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin perserfahaman yang dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, mampu diteruskan pada siri pilihan raya yang akan datang, termasuk di Melaka. - Astro AWANI

JEMPOL: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yakin perserfahaman yang dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, mampu diteruskan pada siri pilihan raya yang akan datang, termasuk di Melaka.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas berkata persefahaman itu bukan sekadar terhenti di Melaka, sebaliknya berpotensi dibawa sehingga ke Putrajaya.

“Sudah tentu, ke Putrajaya bos. Apa cakap Melaka ni? Putrajaya, insya-Allah,” jawabnya ringkas

Beliau berkata demikian pada Ceramah Umum Perdana PN & BN Parlimen Jempol, di sini, hari ini.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini, BN bertanding di 25 kerusi, manakala parti komponen PN, termasuk Pas, Parti Wawasan Rakyat (Wawasan), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), meletakkan calon di 11 kerusi.

Daripada jumlah itu, komponen terdiri daripada Pas diperuntukkan lima kerusi, Wawasan empat kerusi, manakala masing-masing satu kerusi diberikan kepada Gerakan dan MIPP.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, kerjasama antara kedua-dua gabungan politik berkenaan bukan sahaja bertujuan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, malah memastikan undi Melayu tidak terus berpecah.

Beliau berkata realiti politik di Negeri Sembilan ketika ini memerlukan penyatuan itu sekiranya BN dan PN mahu menamatkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan. 
 

Must Watch Video

Advertisement