SEREMBAN: Satu sidang media khas akan diadakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, dijadual sebentar lagi, pada Khamis malam.
Sidang media berkenaan akan berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di Seremban.
Perkara itu disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar kepada wakil Astro AWANI.
Sebelum ini, khabar bertiup kencang kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada Jumaat.
BERITA LANJUT MENYUSUL