Skip to main content

Dunia

AS tawar bantuan AS$100 juta kepada Cuba bersyaratkan reformasi

Havana, Cuba
AS sebelum ini telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Cuba sejak 1960-an, yang masih berkuat kuasa sehingga kini. - Foto fail/REUTERS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menawarkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$100 juta kepada Cuba dengan syarat kerajaan negara itu melaksanakan reformasi tertentu, menurut kenyataan Jabatan Negara pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, bantuan tersebut akan disalurkan kepada rakyat Cuba sekiranya kerajaan di Havana bersetuju dengan perubahan yang ditetapkan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Jabatan Negara berkata keputusan sama ada menerima bantuan itu kini terletak pada kerajaan Cuba, sama ada untuk menerima atau menolak bantuan berkenaan.

Keperluan bantuan itu diumumkan ketika Cuba berdepan tekanan ekonomi dan kemanusiaan yang semakin meruncing, termasuk masalah bekalan tenaga, makanan dan perkhidmatan awam.

AS sebelum ini telah mengenakan sekatan ekonomi ke atas Cuba sejak 1960-an, yang masih berkuat kuasa sehingga kini.

Pentadbiran Trump turut memperhebat tekanan terhadap negara itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk tindakan menyekat bekalan minyak dan mengenakan sekatan tambahan.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Negara menyatakan bantuan sebanyak AS$100 juta itu akan disalurkan melalui organisasi kemanusiaan bebas dan bukan menerusi kerajaan Cuba.

Sehingga kini, pihak berkuasa Cuba belum memberikan sebarang maklum balas rasmi terhadap tawaran tersebut.
 

 

 

Must Watch Video