Skip to main content

Dunia

Saintis UK bangunkan vaksin Ebola baharu - Laporan

41613267830_Ebolavaccine.jpg
Saintis di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) sedang membangunkan vaksin yang dijangka siap dalam beberapa bulan untuk membantu membendung wabak Ebola, menurut laporan pada Jumaat. - Gambar fail

LONDON: Saintis di Universiti Oxford, United Kingdom (UK) sedang membangunkan vaksin yang dijangka siap dalam beberapa bulan untuk membantu membendung wabak Ebola, menurut laporan pada Jumaat.

Para penyelidik berkata mereka sedang bekerja dengan pantas sekiranya wabak itu meningkat dan vaksin percubaan mereka diperlukan, Anadolu Ajansi memetik laporan BBC.

Vaksin itu menggunakan teknologi yang sama yang dibangunkan oleh pasukan semasa pandemik COVID-19 -- teknologi yang sangat mudah disesuaikan, dikenali sebagai ChAdOx1 -- yang boleh diubah suai dengan cepat untuk melawan jangkitan yang berbeza.

"Sebaik sahaja kami memperoleh bahan permulaan untuk vaksin, penyelidikan akan menjadi lebih pantas dan mencapai hasil yang ketara,” kata Teresa Lambe, ketua Imunologi Vaksin Calleva di Kumpulan Vaksin Oxford kepada BBC.

Ujian haiwan terhadap vaksin itu dipercayai sudah dijalankan di Oxford, menurut laporan berkenaan.

Wabak tersebut diumumkan secara rasmi pada 15 Mei di wilayah Ituri di timur Congo. Sejak pengumuman itu, pegawai kesihatan Congo dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan kira-kira 600 jangkitan yang disyaki dan 139 kematian.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement