Skip to main content

Dunia

Lebih 18,000 syarikat berdaftar di Damsyik, 1.5 juta pelarian pulang - Kedutaan AS

51737441270_BandarDamsyikSyri.jpg
Kedutaan AS di Syria memaklumkan AS telah memutuskan untuk memberi Syria 'peluang untuk kejayaan' dengan menarik balik sekatan dan membuka pintu kepada pelaburan. - Gambar fail

ISTANBUL: Lebih 18,000 syarikat telah berdaftar di Damsyik dan 1.5 juta pelarian kembali ke Syria sejak Washington menarik balik sekatan ke atas negara itu setahun lepas, menurut kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Syria pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan di X, Kedutaan AS di Syria memaklumkan AS telah memutuskan "untuk memberi Syria peluang untuk kejayaan dengan menarik balik sekatan dan membuka pintu kepada pelaburan."

"Hasilnya cukup jelas, lebih 18,000 syarikat berdaftar di Damsyik, 1.5 juta pelarian kembali, dan berbilion dolar dalam pelaburan dijanjikan," menurut kedutaan itu.

Kedutaan tersebut turut mengumumkan pelancaran "Panduan Pelabur Syria yang komprehensif," menyifatkan mereka sebagai "laporan risikan pasaran yang paling terperinci untuk Syria."

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement