Skip to main content

Malaysia

'Lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk bantu penerima kebajikan' - Nancy

KUALA LUMPUR, 23 Mei -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri (dua, kiri) pada gimik Perasmian Persidangan Rotary 2026 (DisCon26) di bawah tema penyatuan “Bersatu Demi Kebaikan” di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur hari ini.  Turut hadir, Gabenor Wilayah 3300, Edward Khoo (kiri); Gabenor Wilayah 3310 dari Singapura, Dr Shahul Hameed (kanan) dan Wakil Presiden Rotary International serta Pengerusi Pemegang Amanah The Rotary Foundation 25/26, Holger Knaac
Nancy (dua, kiri) pada gimik Perasmian Persidangan Rotary 2026 (DisCon26) di bawah tema penyatuan “Bersatu Demi Kebaikan” di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini giat memperluaskan penyertaan sukarelawan bagi membantu golongan penerima kebajikan yang tinggal bersendirian di rumah.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian memerlukan lebih ramai sukarelawan untuk membantu warga emas, individu uzur dan mereka yang memerlukan sokongan harian.

Menurut beliau, ada dalam kalangan penerima kebajikan tidak mempunyai individu yang boleh membantu membawa mereka ke hospital atau menguruskan keperluan asas.

"Kementerian ketika ini melaksanakan program Home Help atau Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) yang memberi bantuan kepada golongan memerlukan melalui khidmat sukarelawan.

"Walaupun jumlah sukarelawan ketika ini sudah mencecah ribuan orang, namun kementerian mahu memperluaskan lagi penyertaan orang ramai dalam bidang kesukarelawanan,” katanya.

Beliau bercakap ketika sidang media selepas Perasmian Persidangan Rotary 2026 (DisCon26) di bawah tema penyatuan “Bersatu Demi Kebaikan” di Pusat Persidangan dan Acara Connexion, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata KPWKM kini turut memberi fokus kepada pembangunan sektor ekonomi penjagaan menyediakan latihan profesional dalam bidang penjagaan dan bantuan komuniti.

"Kementerian sedang melatih kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta individu luar yang berminat untuk menyertai bidang berkenaan.

“Kita mahu mereka diberikan ilmu dan kemahiran profesional untuk menjaga golongan memerlukan,” katanya lagi. 

Must Watch Video

Advertisement