HYDERABAD: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif akan menghadiri upacara pengebumian Pemimpin Agung Iran Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei di Tehran pada 4 Julai.
"Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat dan Kerajaan Pakistan kepada kepimpinan Iran serta keluarga yang berduka," kata jurucakap Kementerian Luar Tahir Andrabi pada taklimat media di Islamabad pada Khamis.
Selepas itu, beliau akan berlepas ke Turkiye atas jemputan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan bagi mengadakan perbincangan mengenai isu dua hala dan serantau.
Shehbaz akan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Ishaq Dar serta menteri Kabinet lain dalam lawatan luar negara dari 3 hingga 5 Julai itu.
Sementara itu, India akan diwakili oleh Gabenor Negeri Bihar Syed Ata Hasnain dan Timbalan Menteri Luar Pabitra Margherita pada majlis pengebumian Khamenei berkenaan.
-- BERNAMA