Skip to main content

Dunia

Digital Brunei 2030 pacu transformasi digital negara - Menteri

Sumber: FB Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei
Digital Brunei 2030 ialah fasa seterusnya dalam perjalanan digital negara yang menyatukan pendekatan digital merentas sektor kerajaan, masyarakat, perniagaan, data dan AI. - Foto Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN: Digital Brunei 2030 merupakan fasa seterusnya dalam perjalanan digital negara yang menyatukan pendekatan digital merentas sektor kerajaan, masyarakat, perniagaan, data dan kecerdasan buatan (AI) ke arah satu hala tuju nasional yang diselaraskan di bawah Wawasan Brunei 2035, menurut Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei.

Berucap pada majlis pembukaan Forum Ekonomi Digital Brunei 2026 pada Rabu, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Datuk Seri Paduka Awang Mohd Riza Datuk Paduka Mohd Yunos berkata kejayaan Digital Brunei 2030 bergantung kepada kerjasama kukuh antara kerajaan dan sektor swasta, lapor Xinhua.

Beliau berkata pihak industri harus menjadi enjin transformasi digital dengan memacu inovasi, melabur dalam pembangunan kemahiran, dan bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan digital yang selamat, bersepadu serta mudah diakses.

Forum sehari itu menghimpunkan wakil kerajaan dan penggiat industri bagi membincangkan keutamaan transformasi digital Brunei serta pelaksanaan praktikal Digital Brunei 2030.

Bertemakan "Tindakan Digital Brunei daripada Strategi kepada Pelaksanaan," forum tahun ini memfokuskan kepada usaha mempercepatkan penerapan agenda transformasi digital Brunei selain memperkukuh keupayaan yang diperlukan bagi membina ekonomi digital yang dipercayai, terangkum dan relevan dari segi komersial.

--BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement