Skip to main content

Dunia

Pesawat pengebom strategik TU-22M3 Rusia terhempas di Irkutsk

TB_TU22M3_REUTERS
Kru pesawat berkenaan dilaporkan selamat setelah berjaya keluar dengan melenting diri dan tiada sebarang kerosakan dilaporkan di kawasan darat. - Reuters

MOSCOW: Sebuah pesawat pengebom strategik Tu-22M3 terhempas di Wilayah Irkutsk, Rusia ketika cuba mendarat semasa penerbangan latihan rutin, Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan pada Isnin, lapor Xinhua.

Kru pesawat berkenaan dilaporkan selamat setelah berjaya keluar dengan melenting diri dan tiada sebarang kerosakan dilaporkan di kawasan darat.

Menurut kementerian itu, pesawat berkenaan sedang terbang tanpa membawa sebarang muatan senjata.

Punca awal insiden pesawat Tu-22M3 di Wilayah Irkutsk itu telah dikenal pasti berpunca daripada kegagalan enjin, kata Gabenor wilayah, Igor Kobzev dalam hantaran di media sosial beliau.

Penduduk tempatan telah berjaya mengesan kedudukan anak kapal berkenaan dan mereka kini sedang dirawat oleh pasukan perubatan, katanya.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa sebuah suruhanjaya daripada Pasukan Aeroangkasa Rusia kini sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement