Skip to main content

Dunia

Pengguna vlog Filipina maut ditembak lelaki bersenjata tidak dikenali

Vlogger Filipina "Mima Alicia" maut ditembak -- Youtube Mimaa Alicia
Pengguna vlog yang dikenali sebagai "Mima Alicia" atau nama sebenarnya Alicia Lipata, dikenali kerana menghasilkan kandungan ulasan politik di media sosial. - YouTube

MANILA: Seorang pengguna vlog Filipina maut ditembak manakala pasangannya cedera selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah mereka dalam kejadian di Caloocan City, utara Filipina pada pagi Jumaat, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan pada Sabtu.

Polis memaklumkan mangsa maut akibat terkena tembakan di kepala, manakala pasangannya yang cedera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 

Polis sedang mengesan lelaki bersenjata yang menaiki motosikal dan melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Pihak berkuasa menyatakan satu pasukan petugas siasatan khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti serta memberkas pelaku, selain menyiasat motif di sebalik kejadian tembakan itu.

Media tempatan mengenal pasti mangsa sebagai seorang pengguna vlog yang dikenali sebagai "Mima Alicia", yang nama sebenarnya ialah Alicia Lipata. Beliau dikenali kerana menghasilkan kandungan ulasan politik di media sosial.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement