Skip to main content

Dunia

Israel isytihar kawasan sekitar Gaza zon ketenteraan tertutup

Israeli army units block the road and prevent Palestinian villagers, supported by foreign and Israeli peace activists, from reaching their lands where Israeli settlers established a new outpost, at the West Bank town of Qabalan, southeast of Nablus, Saturday, July 4, 2026. (AP Photo/Majdi Mohammed)
Zon larangan berkenaan meliputi kawasan pinggir Gaza, termasuk Yad Mordechai di utara enklaf, Laluan 232 di sebelah timur serta Kerem Shalom di bahagian selatan. -Gambar fail/AP

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengisytiharkan kawasan di sekeliling Semenanjung Gaza sebagai zon ketenteraan tertutup berkuat kuasa jam 8 pagi Ahad hingga 8 pagi Isnin (waktu tempatan).

Menurut laporan The Times of Israel, keputusan itu dibuat menjelang penganjuran perarakan berskala besar ke kawasan berkenaan oleh kumpulan penjarah sayap kanan, Nahala.

Kumpulan itu dilapor menyokong usaha membina semula penempatan haram Israel di dalam wilayah Gaza.

Laporan media tempatan menyebut zon larangan berkenaan meliputi kawasan pinggir Gaza, termasuk Yad Mordechai di utara enklaf, Laluan 232 di sebelah timur serta Kerem Shalom di bahagian selatan.

Memetik sumber tentera, perintah penutupan itu dikeluarkan susulan dakwaan terdapat rancangan oleh sebahagian peserta perarakan untuk memasuki Semenanjung Gaza.

Menurut sumber berkenaan, langkah itu diambil bagi mengelak sebarang insiden keselamatan dan memastikan keadaan di kawasan sempadan kekal terkawal.

 

Must Watch Video

Advertisement