TEHRAN: Seorang pegawai kanan parlimen Iran membidas sikap berat sebelah dan dwistandard Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melengah-lengahkan siasatan kes pembunuhan membabitkan lebih 160 pelajar perempuan di sebuah sekolah di Minab, selatan Iran awal tahun ini.
Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara dan Dasar Luar Parlimen Iran, Ebrahim Rezaei, mempersoalkan tindakan pantas Pentagon dan White House menuduh Tehran terlibat dalam insiden sebuah helikopter Apache milik AS, berbanding kelewatan dalam siasatan kes di Minab.
“Dalam tempoh dua hari sahaja, Pentagon dan White House membuat kesimpulan bahawa nahas helikopter di Selat Hormuz melibatkan Iran.
“Namun, selepas lebih 100 hari berlalu sejak insiden di Minab, siasatan masih belum selesai,” katanya menerusi hantaran di platform X.
In just 2 days, the Pentagon and the White House concluded that the helicopter crash in the Strait of Hormuz was Iran's doing.
Yet 102 days have passed since the Minab school massacre, and the investigation into the killing of the Minab girls is still ongoing.
When it comes to…— ابراهیم رضایی (@EbrahimRezaei14) June 10, 2026
Beliau menyifatkan perbezaan pendekatan itu sebagai bukti sikap dwistandard dalam menangani isu melibatkan kehilangan nyawa orang awam.
Insiden di Minab yang berlaku sekitar akhir Februari lalu menyaksikan sebuah sekolah perempuan menjadi sasaran serangan, mengorbankan lebih 160 pelajar dan mencetuskan kecaman di peringkat serantau.