Skip to main content

Dunia

Pakistan zahir kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di Asia Barat

Pakistan is deeply concerned at the ongoing situation in the region marked by renewed conflict and heightened tensions. Events of the last few days have amply underscored the fragility of the situation, the risk of escalation and the need for diplomatic efforts to come to fruition – sooner than later. -- X @PakistanUN_NY
Asim berkata perkembangan ketenteraan terbaharu menunjukkan keadaan gencatan senjata yang rapuh dan berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas. -Foto X

NEW YORK: Pakistan menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik serta ketegangan yang semakin meruncing di Asia Barat, sambil memberi amaran bahawa rantaian keganasan boleh membawa kesan buruk yang besar.

Duta Besar Pakistan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Asim Iftikhar Ahmad, berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan dalam Taklimat Majlis Keselamatan PBB mengenai isu pengawalan senjata pada Selasa.

Beliau berkata perkembangan ketenteraan terbaharu menunjukkan keadaan gencatan senjata yang rapuh dan berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas.

“Lonjakan keganasan ini menjadi peringatan tentang bahaya gencatan senjata yang rapuh serta kesan buruk yang boleh tercetus daripadanya.

“Rantaian keganasan dan ketidakstabilan ini mesti dihentikan demi kepentingan keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau serta antarabangsa,” katanya.

 

 

Asim turut melahirkan kebimbangan bahawa konflik bersenjata yang tercetus menjejaskan usaha diplomasi, termasuk rundingan berkaitan isu nuklear Iran, selain memberi kesan kepada peranan pengesahan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Beliau menegaskan Pakistan terus memainkan peranan dalam usaha diplomasi, termasuk melalui inisiatif ‘Rundingan Islamabad’ yang menjadi platform pertemuan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Menurutnya, usaha tersebut bertujuan meredakan ketegangan serta membuka ruang kepada penyelesaian secara damai.

Dalam pada itu, beliau berkata Pakistan terus berhubung dengan pelbagai pihak termasuk AS, Iran, Arab Saudi, Mesir, Turkiye, Qatar dan China bagi mengurangkan risiko konflik yang lebih luas.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak menahan diri daripada tindakan provokasi yang boleh menjejaskan usaha diplomasi yang sedang berlangsung.

 

Must Watch Video

Advertisement