Skip to main content

Dunia

Naib Presiden AS JD Vance, isteri timang cahaya mata keempat

FILE PHOTO: U.S. Vice President JD Vance and second lady Usha Vance visit the site of a 2023 train derailment in East Palestine, Ohio, U.S., February 3, 2025. Rebecca Droke/Pool via REUTERS/File Photo
Pasangan itu mengumumkan pada Januari bahawa mereka sedang menantikan kelahiran anak keempat. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) JD Vance dan isterinya, Usha Vance menyambut kelahiran anak keempat mereka, seorang bayi lelaki, menurut pasangan itu.

Alec Neel Vance dilahirkan pada Ahad, menurut kenyataan yang dimuat naik oleh naib presiden itu di platform X, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

“Usha dan bayi berada dalam keadaan sihat dan gembira, manakala anak-anak kami sangat teruja untuk bertemu adik lelaki mereka,” menurut pasangan itu sambil mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor atas khidmat yang diberikan kepada keluarga mereka.

 

 

Pasangan itu mengumumkan pada Januari bahawa mereka sedang menantikan kelahiran anak keempat.

JD Vance dan Usha Vance berkenalan ketika mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Yale dan mendirikan rumah tangga pada 2014.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement