Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Korea Selatan sertai rundingan keselamatan Selat Hormuz

 The Panama-flagged bulk carrier HMM Namu, in Guangzhou, Guangdong Province, China January 5, 2026. Picture taken with a mobile phone. HMM/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT. VERIFICATION: Location and date confirmed by original file metadata. South Korean shipper HMM confirmed that the vessel caught fire and had been stranded in the Strait of Hormuz on May 4./File Photo
Langkah itu diambil ketika Seoul sedang menilai tindak balas strategiknya susulan serangan udara ke atas kapal kargo HMM Namu (foto) kendalian syarikat Korea Selatan di laluan air kritikal berkenaan pada 4 Mei lalu. -Gambar fail/Reuters

SEOUL: Korea Selatan menyertai mesyuarat peringkat tinggi menteri pertahanan pelbagai hala, hari ini, bagi membincangkan operasi keselamatan di Selat Hormuz, lapor agensi berita Yonhap.

Langkah itu diambil ketika Seoul sedang menilai tindak balas strategiknya susulan serangan udara ke atas kapal kargo HMM Namu kendalian syarikat Korea Selatan di laluan air kritikal berkenaan pada 4 Mei lalu.

Mesyuarat secara maya itu dipengerusikan bersama United Kingdom dan Perancis, dengan Korea Selatan diwakili Pengarah Dasar Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Woo Kyung‑suk.

Siasatan awal Kementerian Luar Korea Selatan mendapati kapal HMM Namu diserang menggunakan dua objek tidak dikenal pasti, yang menyebabkan kebakaran di bilik enjin serta kerosakan besar pada badan kapal, termasuk lubang dianggarkan berukuran tujuh meter.

Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, secara terbuka menuduh Tehran sebagai dalang serangan tersebut, Kedutaan Iran di Seoul menafikan sebarang penglibatan dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas.

Keputusan Korea Selatan menyertai rundingan keselamatan itu mencerminkan komitmen negara itu dalam memastikan kebebasan pelayaran, memandangkan lebih 70 peratus bekalan minyak mentahnya bergantung kepada laluan Selat Hormuz, yang kini sebahagiannya terjejas akibat konflik.

Seoul dilapor sedang menimbang kemungkinan menghantar aset ketenteraan tambahan ke rantau itu, namun setakat ini masih mengekalkan pendirian berhati-hati bagi melindungi kepentingan diplomatik dan ekonomi dengan negara-negara di Asia Barat.

Must Watch Video