Skip to main content

Dunia

Jutaan rakyat Iran diseru sertai penghormatan terakhir buat Ayatollah Ali Khamenei

People walk past a mural with a picture of Iran's late Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, ahead of his farewell ceremony, in Tehran, Iran, July 1, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL. NO ACCESS FOR ISRAELI MEDIA. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MANOTO. NO USE IRAN INTERNATIONAL. NO USE RADIO FARDA. DIGITAL: NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIA
Menurut pihak berkuasa Iran, upacara penghormatan awam akan bermula pada 4 Julai, manakala pengebumian Ayatollah Ali Khamenei dijadual berlangsung pada 9 Julai di Makam Imam Reza di Mashhad, bandar kelahiran beliau. -Foto Reuters

TEHRAN: Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, menyeru seluruh rakyat republik itu untuk berhimpun beramai-ramai bagi menghadiri istiadat pengebumian bekas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei, yang dijadual bermula pada Sabtu ini.

Ghalibaf dalam satu kenyataan rasmi berkata kehadiran jutaan rakyat dalam upacara penghormatan terakhir tersebut bakal melakar satu lagi halaman sejarah yang gemilang bagi Republik Islam Iran.

Beliau turut menegaskan bahawa peserta perhimpunan raksasa itu perlu melaungkan tuntutan bela di atas kematian pemimpin berkenaan agar mesej ketegasan negara itu dapat didengari dengan jelas oleh seluruh dunia.

Menurut pihak berkuasa Iran, upacara penghormatan awam akan bermula pada 4 Julai, manakala pengebumian Ayatollah Ali Khamenei dijadual berlangsung pada 9 Julai di Makam Imam Reza di Mashhad, bandar kelahiran beliau.

Ayatollah Ali Khamenei, yang menerajui kepimpinan tertinggi Iran sejak tahun 1989 susulan kematian pengasas revolusi Ayatollah Ruhollah Khomeini, dilaporkan terkorban pada usia 86 tahun dalam serangan di Tehran pada 28 Februari lalu.

Tragedi tersebut berlaku pada hari pertama tercetusnya konflik bersenjata melibatkan pakatan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran yang membawa kepada ketegangan geopolitik serantau yang berlarutan sehingga kini.

 

Must Watch Video

Advertisement