GAZA: Tentera Israel mendakwa telah membunuh ketua rangkaian pemindahan kewangan Hamas, Khader Jamasi, bersama timbalannya, Muhammad Harazin, dalam satu serangan udara di utara Semenanjung Gaza.
Menurut kenyataan rasmi tentera rejim, kedua-dua individu tersebut didakwa bertanggungjawab mengendalikan transaksi pemindahan wang bernilai puluhan juta dolar kepada sayap tentera Hamas di Gaza sepanjang konflik.
đŸ”´ELIMINATED: Khader Jamasi, the head of Hamas' funds transfer network, along with his deputy, Muhammad Harazin, both served as key funds operatives for Hamas in Gaza.
The terrorists managed to transfer tens of millions of dollars to Hamas’ military wing in Gaza through a… pic.twitter.com/uxt0MIQzav— Israel Defense Forces (@IDF) June 10, 2026
Pihak tentera mendakwa operasi kewangan terbabit dilakukan menerusi rangkaian yang melibatkan puluhan pengurup wang (money exchangers).
Namun, kenyataan itu tidak mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.
Tentera Israel turut memaklumkan bahawa operasi tersebut dilaksanakan pada Ahad lalu dengan kerjasama agensi perisikan dalaman, Shin Bet.
Sehingga kini, pihak Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan itu.