Skip to main content

Dunia

Iran tuntut AS, Israel laksana sepenuhnya komitmen gencatan senjata

In this handout picture provided by the Islamic Consultative Assembly News Agency (ICANA), Iran’s Parliament Speaker Mohammad Bagher Ghalibaf, dressed in an IRGC uniform, chairs a session in Tehran on Feb 1, 2026. (File photo: AFP/ICANA News Agency)
Mohammad Bagher Ghalibaf (foto) berkata Tehran menuntut pelaksanaan penuh semua komitmen yang telah dipersetujui. -Foto fail/ICANA

TEHRAN: Iran memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan balas sekiranya Amerika Syarikat (AS) dan Israel gagal melaksanakan komitmen masing-masing di bawah perjanjian interim yang bertujuan menamatkan konflik antara pihak terbabit.

Amaran itu disuarakan Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, yang berkata Tehran menuntut pelaksanaan penuh semua komitmen yang telah dipersetujui.

“Kami dengan tegas menuntut pelaksanaan penuh perjanjian tersebut. Jika AS dan rejim Zionis gagal memenuhi komitmen mereka, Iran akan menyambung semula tindakan yang setimpal,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Iran, ISNA.

Ghalibaf, yang turut memainkan peranan penting dalam rundingan Iran-AS, berkata Tehran tidak akan berdiam diri sekiranya mana-mana pihak gagal mematuhi syarat yang telah dipersetujui.

Beliau sebelum ini turut memberi amaran bahawa Iran akan memberikan respons yang keras sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian atau tuntutan baharu yang dianggap melampau oleh Tehran.

“Amerika Syarikat dan rejim Zionis tidak mencapai satu pun matlamat mereka dalam Perang Ramadan.

"Hari ini, semua pihak telah membuat kesimpulan bahawa tindakan ketenteraan menentang Iran telah gagal, dan akhirnya, mereka sendiri yang meminta gencatan senjata,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika Iran, AS dan Israel sedang melalui tempoh pelaksanaan gencatan senjata yang masih rapuh susulan konflik yang tercetus awal tahun ini.

Rundingan lanjut berkaitan perjanjian jangka panjang dijangka diteruskan dalam tempoh 60 hari yang dipersetujui sebelum ini.

 

Must Watch Video

Advertisement