Skip to main content

Dunia

Iran kecam AS, tuduh Washington abai prinsip kemanusiaan antarabangsa

Ismail Baghaei, spokesperson for the Ministry of Foreign Affairs -- X @IRIMFA
Esmaeil Baghaei (foto) berkata Washington ketika ini melaksanakan dasar agresif yang didakwa membenarkan serangan terhadap infrastruktur awam termasuk jambatan dan stesen janakuasa elektrik di republik berkenaan. -Gambar fail

TEHRAN: Kementerian Luar Iran mengecam keras dasar Amerika Syarikat (AS) yang didakwanya mengabaikan prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa demi memenuhi agenda peperangan dan menormalisasikan jenayah, lapor Al Jazeera.

Jurucakap kementerian itu, Esmaeil Baghaei berkata Washington ketika ini melaksanakan dasar agresif yang didakwa membenarkan serangan terhadap infrastruktur awam termasuk jambatan dan stesen janakuasa elektrik di republik berkenaan.

Menurut beliau, sebarang tindakan memusnahkan kemudahan utiliti awam merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan boleh dikategorikan sebagai jenayah perang di bawah Statut Rom.

Baghaei berkata, pendekatan ketenteraan sedemikian merupakan bentuk tindakan balas dendam serta hukuman kolektif terhadap penduduk awam yang dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan peruntukan berkaitan jenayah perang.

Sehubungan itu, beliau menyeru anggota tentera AS menggunakan pertimbangan moral serta menolak sebarang arahan yang menyalahi undang-undang daripada kepimpinan mereka.

Baghaei turut menegaskan bahawa jenayah perang tidak tertakluk kepada had masa pendakwaan, sambil menambah Iran akan terus mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang tindakan yang dianggap melanggar norma antarabangsa.

 

Must Watch Video

Advertisement