Skip to main content

Dunia

Iran dakwa AS langgar MOU, lancar serangan balas

Smoke rises from explosions at an unknown location, following what U.S. Central Command (CENTCOM) said were strikes on Iran in response to an Iranian drone strike on a cargo ship in the Strait of Hormuz, in this screen grab from video released June 26, 2026. U.S. Central Command/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. OVERLAY FROM SOURCE. VERIFICATION - Location and date could not be verified. - No earlier version of the video found posted online before Friday (J
Kepulan asap menjulang susulan letupan di lokasi tidak dikenal pasti selepas CENTCOM memaklumkan serangan ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan dron Iran di Selat Hormuz, menerusi rakaman video yang disiarkan semalam. -Gambar Reuters

IRAN mendakwa Amerika Syarikat (AS) melanggar Memorandum Persefahaman (MOU) Islamabad yang ditandatangani pada 17 Jun lalu susulan serangan udara ke atas wilayah selatan negara itu.

Kementerian Luar Iran menegaskan pihaknya akan terus mempertahankan kedaulatan negara selain menyifatkan serangan berkenaan sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan gencatan senjata.

“Amerika Syarikat jelas melanggar Memorandum Persefahaman Islamabad… kami akan mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan nasional negara dengan segala kekuatan,” Katanya.

Kenyataan Kementerian Luar Iran itu disiarkan menerusi saluran televisyen IRIB News hari ini.

Tehran turut menyifatkan serangan udara Amerika Syarikat ke atas beberapa lokasi di pesisir selatan Iran pada Jumaat malam sebagai tindakan kejam.

Menurutnya, serangan itu turut didakwa melanggar Perenggan 4, Perkara 2 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain mencabuli klausa pertama MOU mengenai penamatan perang.

“Kementerian Luar menyifatkan serangan udara Amerika Syarikat ke atas beberapa lokasi di pesisir selatan Iran pada malam Jumaat sebagai tindakan kejam,” katanya.

Kenyataan sama turut mendakwa serangan Israel ke atas Lubnan, yang didakwa diselaraskan bersama AS, turut melanggar klausa pertama MOU berkenaan.

Pada Jumaat, Pemerintahan Pusat Tentera AS (CENTCOM) memaklumkan pesawat tenteranya menyerang lokasi penyimpanan peluru berpandu, dron dan tapak radar persisiran Iran.

Menurut CENTCOM, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan dron Iran ke atas sebuah kapal kargo di Selat Hormuz.

Iran pula mendakwa satu projektill mengenai kawasan berhampiran jeti di Sirik, selatan negara itu, sebelum tentera lautnya melancarkan serangan balas ke atas sasaran tentera AS di rantau berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement