DOHA: Rundingan teknikal secara tidak langsung di antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di sini berakhir dengan petunjuk positif berhubung pelaksanaan Memorandum Persefahaman Islamabad yang menjadi asas kepada usaha menamatkan konflik serantau.
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari, berkata perbincangan yang dikendalikan secara berasingan oleh pengantara dari Qatar dan Pakistan itu dibina berasaskan hasil Sidang Kemuncak Lake Lucerne di Switzerland.
Menurut beliau, kedua-dua pihak bersetuju meneruskan rundingan dalam tempoh terdekat, dengan mesyuarat susulan dijadualkan secepat mungkin selepas selesai upacara pengebumian bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
PR No. 160/2026
Qatari and Pakistani Mediatiors Meetings with the US and Iranian Negotiations in Doha Today
🔗⬇️ pic.twitter.com/BXTW9RgiLY— Ministry of Foreign Affairs - Pakistan (@ForeignOfficePk) July 2, 2026
Perbincangan di Doha kali ini memberi tumpuan kepada beberapa aspek pelaksanaan memorandum berkenaan, termasuk mekanisme keselamatan pelayaran komersial di Selat Hormuz serta isu berkaitan pengurusan dana Iran yang sebelum ini dibekukan.
Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, berkata pegawai Iran turut berbincang dengan pihak berkuasa Qatar mengenai penggunaan sebahagian daripada dana AS$6 bilion (kira-kira RM25.5 bilion) milik Iran bagi tujuan pembelian barang keperluan penting.
Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju mewujudkan saluran komunikasi khusus bagi merekod dan melaporkan sebarang dakwaan pelanggaran memorandum berkenaan.