Skip to main content

Dunia

Hamas kecam cubaan Israel hapus mercu tanda di Masjid Al-Aqsa

Israeli police officers take positions on the roof of al-Aqsa mosque during clashes with Palestinians in Jerusalem's Old City September 28, 2015. REUTERS/Amir Cohen
Kecaman tersebut menyusuli tindakan terbaharu pihak berkuasa rejim yang didakwa menyasarkan Kubah Nabi Musa (Dome of Moses) yang terletak di bahagian barat daya kompleks masjid berkenaan. -Gambar fail/Reuters

GAZA: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, mengecam keras tindakan pihak berkuasa Israel yang didakwa cuba meroboh dan mengalihkan beberapa mercu tanda sejarah penting di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki rejim.

Hamas dalam satu kenyataan rasmi memberi amaran kepada Israel berhubung percubaan terdesak berkenaan yang dilakukan atas alasan kawalan keselamatan.

Kumpulan itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu bentuk peningkatan ketegangan yang amat berbahaya serta pencabulan besar yang menuntut tindakan segera masyarakat antarabangsa bagi melindungi tapak suci umat Islam itu.

Kecaman tersebut menyusuli tindakan terbaharu pihak berkuasa rejim yang didakwa menyasarkan Kubah Nabi Musa (Dome of Moses) yang terletak di bahagian barat daya kompleks masjid berkenaan.

Hamas menegaskan bahawa tindakan menyasarkan struktur warisan Islam itu hanya akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat Palestin terhadap pendudukan haram Israel.

Kenyataan itu turut menekankan bahawa umat Palestin tidak akan sesekali menerima atau tunduk kepada sebarang usaha "Yahudisasi" (Judaisation) yang cuba dipaksakan oleh kerajaan berhaluan kanan Israel di bandar suci tersebut.

Sehubungan itu, Hamas menyeru negara-negara Arab dan dunia Islam untuk mengambil tindakan tegas dan segera bagi menghentikan segala bentuk pencabulan hak serta pencerobohan yang berterusan terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa.

 

Must Watch Video

Advertisement