GEORGETOWN: Sebuah feri yang membawa 116 penumpang terbalik di luar pantai Guyana pada Ahad, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 53 orang berjaya diselamatkan selepas feri itu terbalik berhampiran Iron Punt ketika dalam pelayaran dari Georgetown ke Port Kaituma, menurut laporan berkenaan.
-- BERNAMA-XINHUA