NEW YORK: Delegasi Amerika Syarikat (AS) bertindak keluar daripada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika wakil Perancis mengambil giliran berucap dalam perbincangan mengenai perang Rusia-Ukraine.
Tindakan itu berlaku susulan pertikaian diplomatik yang semakin memuncak antara Washington dan Paris berhubung pelantikan Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk.
Ketegangan bermula apabila AS menentang pembaharuan penggal empat tahun Turk, manakala Perancis menyokong pelantikan semula pegawai berkenaan.
Misi Perancis ke PBB di Geneva sebelum ini mengkritik pendirian Washington dengan mendakwa AS tidak lagi menjadi contoh dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan kini berada dalam kedudukan yang semakin terpencil di pentas antarabangsa.
The US used to be a beacon of human rights. Not anymore. Today, it stands alongside North Korea, Nicaragua, Mali & Russia, isolated. And the world no longer listens to it.#AmericaAlone https://t.co/GLNMsYEH9n pic.twitter.com/UTVvljTMeO
— France ONU Genève 🇫🇷🇺🇳 (@FranceONUGeneve) July 25, 2026
Duta AS ke PBB, Mike Waltz, membalas kenyataan itu dengan mendakwa Turk sering mengkritik negara demokrasi seperti AS, United Kingdom dan Israel, namun kurang tegas terhadap rejim yang dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia.
Selepas insiden keluar dewan itu, wakil alternatif AS ke PBB, Dan Negrea, berkata delegasinya akan terus mengambil tindakan serupa selagi Perancis tidak menghentikan apa yang disifatkannya sebagai kenyataan berbaur merendahkan dan tidak menghormati negara lain.
Sementara itu, Duta Perancis ke PBB, Jerome Bonnafont, tidak menyentuh mengenai tindakan delegasi AS ketika berucap.
Sebaliknya, beliau menegaskan Perancis akan terus menyokong kebebasan institusi PBB dan memastikan organisasi antarabangsa itu mampu melaksanakan tugasnya secara berkesan.
Turk sebelum ini pernah mengkritik beberapa tindakan yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk yang melibatkan Israel dan AS di Palestin serta Iran.
Beliau dilantik semula selepas menerima sokongan majoriti negara anggota Perhimpunan Agung PBB, dengan 144 negara mengundi menyokong, 10 menentang dan 13 berkecuali.
Sejak kembali memegang jawatan pada 2025, pentadbiran Presiden Donald Trump mengambil beberapa langkah yang mengurangkan penglibatan AS dalam institusi antarabangsa, termasuk mengurangkan pembiayaan kepada beberapa agensi PBB dan menarik diri daripada pelbagai badan di bawah organisasi tersebut.
Hubungan antara AS dan Perancis juga dilaporkan semakin tegang dalam beberapa isu lain, termasuk perbelanjaan pertahanan NATO, dasar perdagangan serta kenyataan Trump berhubung wilayah Greenland yang berada di bawah Denmark.
Selain itu, Perancis bersama beberapa negara Eropah lain turut berbeza pendirian dengan Washington selepas enggan terlibat secara langsung dalam konflik ketenteraan yang melibatkan AS, Israel dan Iran.
It is disappointing – though not surprising – that this is how France deflects on its shameful vote to coddle some of the worst human rights abusers.
France voted for someone who has been lecturing, free, sovereign democracies like the United States, the UK, and Israel, while… https://t.co/m6zxE95d5l— Ambassador Mike Waltz (@USAmbUN) July 26, 2026