Skip to main content

Dunia

Datuk Bandar New York gesa penduduk jimatkan elektrik

Here’s what you should know about the historic heat wave headed our way.   Especially if you’re (hypothetically) having your wedding at MSG this weekend.
Zohran Mamdani, Datuk Bandar New York. - Foto X

NEW YORK: Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani menggesa penduduk bandar raya itu mematikan semua peralatan elektrik yang tidak diperlukan susulan cuaca panas melampau, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"New York, cuaca di luar sangat panas dan sistem grid elektrik sedang bekerja keras untuk memastikan kita kekal sejuk. 

"Tetapkan penghawa dingin pada suhu 78 darjah (78°F), padamkan lampu serta peralatan elektronik yang tidak digunakan dan cabut plag peralatan yang boleh dicabut," kata Mamdani menerusi platform X.

Beliau berkata pentadbiran bandar raya itu turut menetapkan penggunaan penghawa dingin pada suhu 78 darjah di semua bangunan milik pihak berkuasa tempatan, selain memadamkan lampu ketika tempoh permintaan bekalan elektrik berada pada tahap tertinggi.

Pada Isnin, ABC News melaporkan bahawa gelombang haba dijangka melanda bahagian tengah dan timur Amerika Syarikat (AS), dengan lebih 100 juta penduduk berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Sejak pertengahan Jun, beberapa negara di Eropah turut berdepan cuaca panas melampau dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius, malah melebihi paras itu di sesetengah kawasan.

 

 

Tahap amaran merah, iaitu amaran tertinggi telah dikeluarkan di Perancis, United Kingdom, Belanda dan Itali. 

Sebelum ini, saluran penyiaran France 24 melaporkan sekurang-kurangnya 94 juta penduduk di Eropah dijangka berdepan cuaca panas melampau.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata lebih 1,300 orang maut di Eropah sepanjang minggu lalu akibat cuaca panas melampau.

 

 

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement