HYDERABAD: Angka korban dalam insiden runtuhan gudang di bandaraya Kolkata, India meningkat kepada 11 orang pada Khamis ketika usaha menyelamat diteruskan di lokasi kejadian.
Gudang yang sedang dalam pembinaan di Transport Depot Road, kawasan Taratala itu runtuh pada Rabu, menyebabkan puluhan pekerja terperangkap.
Media tempatan melaporkan 19 mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital.
Tentera India menyertai usaha menyelamat dan menggunakan sistem radar penembusan bumi bagi mengesan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.
Polis telah menahan lima individu, manakala Ketua Menteri Benggala Barat Suvendu Adhikari menyalahkan kelemahan dalam reka bentuk projek itu sebagai punca kejadian.
-- BERNAMA