Skip to main content

Dunia

Adakah Mojtaba Khamenei akan hadiri pengebumian bapanya?

A billboard shows portraits of Iran’s new Supreme Leader Mojtaba Khamenei, right, and his father, the late Ayatollah Ali Khamenei, with the words ‘Thank you, Iran’ written across it, in Beirut, Lebanon, in June 2026 [File: Wael Hamzeh/EPA]
Sebuah papan iklan memaparkan potret Pemimpin Tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei (kanan) serta bapanya, Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei dengan tulisan 'Terima Kasih, Iran' tertera padanya, di Beirut, Lubnan. - Gambar Agensi

TEHRAN: Ketika pemimpin antarabangsa dan barisan tertinggi kerajaan Iran memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, masih belum dapat dipastikan sama ada anak beliau yang juga Pemimpin Tertinggi Iran ketika ini, Mojtaba Khamenei, akan menghadiri upacara pengebumian bapanya serta ahli keluarga lain yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel.

Ancaman berulang kali oleh Israel untuk membunuh Mojtaba Khamenei, yang merupakan pemimpin tertinggi ketiga Iran, mencetuskan amaran tegas minggu ini daripada Markas Pemerintahan Bersama Tentera Iran.

Dalam kenyataannya, pihak tentera memberi peringatan kepada Israel dan AS supaya “mengelakkan sebarang salah percaturan” dalam beberapa hari akan datang ketika upacara pengebumian berskala besar itu berlangsung.

Antara individu yang turut diberikan penghormatan bersama Allahyarham Ali Khamenei ialah menantunya, anak perempuan sulungnya, cucu perempuan berusia 14 bulan serta isteri kepada Mojtaba Khamenei.

Mojtaba Khamenei dilaporkan mengalami kecederaan serius dalam serangan AS-Israel yang mengorbankan bapanya serta beberapa ahli keluarga yang lain.

Sementara itu, ribuan pelawat mula memasuki Kompleks Grand Mosalla di Teheran bagi menghadiri upacara pengebumian Khamenei, sebelum majlis rasmi bermula.

Ruang utama kompleks berkenaan dipenuhi orang ramai ketika pihak berkuasa melaksanakan sekatan lalu lintas secara besar-besaran di seluruh ibu negara itu.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, orang ramai sanggup berjalan beberapa kilometer untuk tiba di lokasi upacara tersebut.

Pada masa sama, video yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai menunggu stesen metro di Teheran dibuka bagi membolehkan mereka menuju ke lokasi pengebumian.

Pihak berkuas menganggarkan, seramai 10 juta orang termasuk wakil dari kerajaan antarabangsa dijangka berada di Tehran bagi menyaksikan upacara pengebumian bagi memberikan penghormatan terakhir kepada pemimpin yang menerajui Iran selama beberapa dekad. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement