Skip to main content

Dunia

3 wanita cedera dalam insiden tikam di Paris, 2 parah

Police stand guard after a knife attack near the Porte de Clichy in Paris, France July 27, 2026. REUTERS/Abdul Saboor
Polis berkata letiga-tiga mangsa, berusia 19, 24 dan 36 tahun, dikejarkan ke hospital dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal. - Foto REUTERS/Abdul Saboor

ISTANBUL: Tiga wanita cedera dalam satu serangan menggunakan pisau di Paris pada Isnin, menurut Anadolu Ajansi memetik laporan Le Parisien.

Serangan berlaku lewat pagi Isnin berhampiran Porte de Clichy di bahagian barat laut ibu kota Perancis itu.

Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez berkata suspek menyerang wanita berkenaan menggunakan dua pisau dapur sebelum ditahan seorang anggota polis Paris yang tidak bertugas.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa, berusia 19, 24 dan 36 tahun, dikejarkan ke hospital dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Polis menahan seorang suspek berusia 31 tahun di lokasi kejadian sejurus selepas serangan.

Suspek dipercayai mengalami masalah gangguan psikiatri.

Nunez berkata suspek mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal selepas ditahan dan menegaskan masih terlalu awal untuk menentukan motif serangan.

Pihak berkuasa telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar serta motif di sebalik serangan tersebut.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement