COLOMBO: Seramai 12 orang disahkan terkorban dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kemudahan penjagaan warga emas di Wilayah Barat Sri Lanka pada Rabu malam, menurut polis tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut pihak berkuasa, susulan kejadian di Anguruwatota, Horana, pasukan penyelamat berjaya memindahkan 44 individu dari kemudahan itu tanpa mengalami kecederaan, manakala tujuh yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Tiga individu lagi masih belum dapat dikesan, tambah pihak berkuasa.
Punca sebenar kebakaran itu masih dalam siasatan.
-- BERNAMA-XINHUA