Skip to main content

Bisnes

Unifi Business tawar solusi digital, bawa mentor dekati usahawan di Jelajah Jiwa SME 2026

Unifi Business, Jiwa SME 2026, KL
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro merangkap Pengerusi Astro AWANI, Dr Grace Lee (dua dari kanan), menyerahkan plak penghargaan kepada Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohd Yusman Ameran (tengah) semasa Majlis Pelancaran Jelajah Jiwa SME 2026. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Unifi Business tekad merancakkan landskap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) agar dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara melebihi 40 peratus yang dicatatkan ketika ini.

Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran berkata Jelajah Jiwa SME 2026 menjadi platform pilihan untuk mendekati para usahawan di lima negeri pada edisi tahun ini agar akses kepada solusi perniagaan digital dapat diluaskan dan mendekatkan usahawan dengan pakar-pakar industri.

“Pentas JiwaSME ini merupakan ruang untuk mereka war-warkan cara mereka menggunakan solusi digital.

“Mungkin mereka tidak tahu gunakan TiktTok untuk buat siaran langsung. Maka kita bawa individu yang biasa menggunakan TikTok seperti Pinn Yang (pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media) dan Dr Nana (pengasas Nana’s Pani Puri).  

“Kita berikan sedikit semangat kepada mereka untuk buat siaran langsung TikTok. Kadang-kadang mereka perlukan mentor untuk ajar,” katanya.

Image
Unifi Business, Jiwa SME 2026, KL

(Bermula dua dari kiri) Pengarah dan Ketua Pengarang Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin; Naib Presiden Jenama & Pemasaran Unifi Business, Andrew Pinto; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro merangkap Pengerusi Astro AWANI, Dr Grace Lee; Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI, Hafidat Samat; dan Naib Presiden Unifi Business, Dr. Mohd Yusman Ameran ketika mengunjungi reruai di tapak Jelajah Jiwa SME 2026 di Kuala Lumpur.

 

Tambah Dr Mohamad Yusman, Unifi Business juga sentiasa prihatin dengan keperluan sebenar usahawan-usahawan PMKS untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas 3,000 PMKS yang menyertai IMPAK BIZ, keperluan bagi perniagaan adalah berbeza mengikut saiz perniagaan tersebut.

Image
Unifi Business, Jiwa SME 2026, KL

(Dari kanan) Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohd Yusman Ameran mengendalikan Sesi Podcast Jiwa SME dengan Pengasas Enfiniti Group, Puan Sri Tiara Jacquelina dan Pengasas Sentosa Janda Baik, Omar Ariff, sebagai pembicara.

 

“Mereka (perusahaan mikro) memerlukan sokongan pemasaran. Bagi perusahaan sederhana, mereka perlukan sokongan pengurusan data untuk bantu mereka jangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.  

“Oleh itu, kami di Unifi Business berikan perkhidmatan, contohnya, Digital Marketing Solution (DMS). Kita juga lihat daripada sudut produktiviti melalui automasi. Contohnya, kita ada Go Bookit.  

“Kita bantu mereka untuk pastikan mereka tidak akan diserang oleh serangan siber; kita ada NetShield untuk keselamatan rangkaian dan peranti. Kita beri perkhidmatan dengan pada harga yang sangat berbaloi dan mampu milik untuk PMKS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi Jelajah Jiwa SME 2026 di sini.

Unifi Business merupakan penaja utama Jelajah Jiwa SME 2026 yang akan menjelajah ke lima negeri; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu, Selangor dan Kedah.


[LANGSUNG] Majlis Perasmian JIWA SME 2026 | 27 Jun 2026

Must Watch Video

Advertisement