Skip to main content

Bisnes

Pengurusan cukai sebahagian strategi tadbir urus korporat - LHDN

41744089441_LHDN.jpg
Pengurusan cukai kini menjadi sebahagian daripada strategi tadbir urus korporat apabila semakin banyak syarikat memberi penekanan kepada pematuhan cukai, pengurusan risiko serta ketelusan dalam operasi perniagaan, kata LHDN.

KUALA LUMPUR: Pengurusan cukai kini menjadi sebahagian daripada strategi tadbir urus korporat apabila semakin banyak syarikat memberi penekanan kepada pematuhan cukai, pengurusan risiko serta ketelusan dalam operasi perniagaan, kata Lembaga Hasil Dalam (LHDN) hari ini. 

LHDN berkata, perkembangan ini dapat dilihat menerusi sambutan memberangsangkan terhadap Seminar Harga Pindahan dan Tadbir Urus Cukai Korporat 2026 yang mencatatkan penyertaan lebih 1,300 peserta, meningkat 24 peratus berbanding 1,050 peserta pada tahun lepas.

“Peningkatan tersebut mencerminkan kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan komuniti perniagaan dan profesional percukaian bahawa tadbir urus cukai yang baik bukan lagi sekadar memenuhi keperluan pematuhan, malah menjadi elemen penting dalam mengurus isu percukaian lebih awal,” kata LHDN dalam satu kenyataan berhubung seminar itu hari ini. 

Sementara itu, LHDN berkata, penganjuran seminar ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan LHDN untuk memperkukuh pendidikan dan kefahaman percukaian selaras dengan Pelan Pendidikan Pembayar Cukai HASiL 2026–2030 yang memberi tumpuan kepada peningkatan pengetahuan, kesedaran dan kefahaman bagi membentuk budaya pematuhan cukai secara sukarela.

"LHDN akan terus memperkukuh kerjasama dengan komuniti perniagaan dan profesional cukai bagi memastikan isu percukaian dapat difahami dan diurus dengan lebih baik melalui platform pendidikan dan perkongsian ilmu seperti ini, sekaligus menyokong pembentukan ekosistem perniagaan yang lebih telus, bertanggungjawab dan berdaya saing," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement