Skip to main content

Bisnes

Bursa Malaysia ditutup tinggi, dipacu kenaikan semula saham perbankan

61751861349_BursaMalaysia.jpg
Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 17/22 mata kepada 1,679.05 daripada 1,661.83 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat susulan kenaikan semula saham perbankan ketika sentimen pelabur bertambah baik berikutan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan.

Penganalisis dan Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata pemulihan dalam kaunter kewangan berwajaran tinggi memberikan sokongan utama kepada indeks penanda aras, mencerminkan peningkatan minat risiko selepas kebimbangan mengenai pengetatan monetari AS selanjutnya reda.

Pada 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 17/22 mata kepada 1,679.05 daripada 1,661.83 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 3.90 mata lebih tinggi kepada 1,665.73 dan bergerak antara 1,662.91 hingga 1,682.62 sepanjang sesi dagangan.

Lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 633 berbanding 382, manakala 533 kaunter tidak berubah, 1,112 kaunter tidak didagangkan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.79 bilion unit bernilai RM1.93 bilion daripada 2.70 bilion unit bernilai RM2.00 bilion semalam.

Mohd Sedek berkata sentimen pasaran mengukuh selepas laporan pekerjaan AS pada Jun menunjukkan data gaji bukan ladang meningkat hanya sebanyak 57,000, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 113,000, manakala angka gaji untuk dua bulan sebelumnya disemak semula menurun sebanyak 74,000.

“Data pasaran buruh yang lebih lemah mengurangkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS perlu menaikkan semula kadar faedah, sekali gus mengurangkan kebimbangan bahawa keadaan pasaran yang mengekang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global dan pendapatan korporat.

“Prospek yang semakin mereda terhadap kenaikan kadar faedah AS yang selanjutnya telah menggalakkan aktiviti pembelian di seluruh pasaran ekuiti serantau, dengan pelabur beralih semula ke sektor kitaran termasuk kewangan, dalam persekitaran jangkaan bahawa Fed AS mungkin mengekalkan pendirian dasar yang lebih akomodatif dalam beberapa bulan akan datang,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank menambah enam sen kepada RM10.80, manakala CIMB naik  15 sen kepada RM7.60, dan Tenaga Nasional menokok dua sen kepada RM14.28. Public Bank melonjak lima sen kepada RM4.89, manakala IHH Healthcare susut dua sen kepada RM8.15.

Bagi saham aktif, Velesto menambah dua sen kepada 28.5 sen, Zetrix AI naik satu sen kepada 79 sen, dan Silver Ridge meningkat empat sen kepada 21 sen, Eckem Holdings yang baru disenaraikan di Pasaran ACE tidak berubah pada 12 sen, dan Capital A merosot setengah sen kepada 40.5 sen.

Antara kaunter untung, F&N naik 88 sen kepada RM28.98, KL Kepong menambah 74 sen kepada RM21.70, dan Dutch Lady menokok 34 sen kepada RM32.40. Batu Kawan melonjak 54 sen kepada RM21.64, dan PPB meningkat 21 sen kepada RM9.54.

Kaunter rugi pula, Nestle susut 80 sen kepada RM91.20, Malaysian Pacific Industries berkurangan 28 sen kepada RM47.78, dan United Plantations menguncup 36 sen kepada RM33.12, Far East turun lapan sen kepada RM3.82, dan Paragon Union merosot tujuh sen kepada RM1.70.

Dalam keseluruhan pasaran, Indeks FBM Emas naik 106.34 mata kepada 12,457.01, Indeks FBM Top 100 meningkat 103.67 mata kepada 12,283.40, manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 87.18 mata kepada 12,202.23.

Indeks FBM Mid 70 menokok 55.78 mata kepada 17,840.36, manakala Indeks FBM ACE melonjak 41.16 mata kepada 4,894.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 205.73 mata kepada 19,831.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.99 mata kepada 182.44, Indeks Tenaga bertambah 8.94 mata kepada 758.60 dan Indeks Perladangan menokok 81.14 mata kepada 8,969.54.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.32 bilion unit bernilai RM1.65 bilion daripada 1.17 bilion unit bernilai RM1.70 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 854.95 juta unit bernilai RM106.34 juta daripada 1.05 bilion unit bernilai RM130.35 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 612.79 juta unit bernilai RM170.56 juta daripada 463.33 juta unit bernilai RM164.33 juta semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 169.52 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (229.10 juta), pembinaan (77.96 juta), teknologi (256.39 juta), perkhidmatan kewangan (43.08 juta), hartanah (184.07 juta), perladangan (19.32 juta), amanah pelaburan hartanah (15.66 juta), dana tertutup (7,000), tenaga (172.62 juta), penjagaan kesihatan (71.65 juta), telekomunikasi dan media (27.57 juta), pengangkutan dan logistik (23.36 juta), utiliti (27.70 juta) serta amanah perniagaan (3,600).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement