Skip to main content
Warga emas terkorban dalam kebakaran di Sandakan

Warga emas terkorban dalam kebakaran di Sandakan

Seorang wanita warga emas berusia 84 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah separuh kekal di Jalan Fook Hin, Batu 12, Sandakan. Kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan rumah itu dipercayai menyebabkan mangsa terperangkap, sebelum ditemui di ruang tamu oleh pasukan bomba selepas api berjaya dipadamkan.